..::LIFE is Drama::..

and you are the lead actor

Kelapa muda Oh Kelapa muda

Published by sham under on Thursday, April 09, 2009



Saya mencari kelapa muda semalam, untuk dijadikan 'ubat' akibat daripada tonsilitis yang menjadi demam pada hari Selasa dan melarat ke selsema semalam. Selalunya kalau demam, selsema atau tonsilitis menjadi-jadi di Klang, Papa yang akan pergi belikan kelapa muda dan saya tidak perlu pening-pening fikir di mana mahu mencari. Tapi, memandangkan semalam saya di sini, di Cheras, Papa dan Mama di Batu Pahat, saya terpaksa mencari sendiri disebabkan saya (dan keluarga) lebih suka ubat cara holistik atau tradisional berbanding dengan ubat-ubatan moden. :D

Pencarian saya berakhir di belakang rumah Taman Midah sendiri. Saya membeli 2 biji, RM2.50 sebiji. Wah, agak terkejut. Sampai saja di rumah, saya telefon Papa dan bertanyakan harga kelapa muda di Klang. Kata Papa, RM1.50 sebiji kalau belum dikupas dan RM2.00 sebiji kalau penjual kupaskan dan masukkan ke dalam plastik.

Saya tertanya, sejak bila kelapa muda menjadi luxury? Mungkin sudah lama, cuma saya tidak perasan. Kenapa saya katakan kelapa muda satu kemewahan? Kerana, susahnya saya nak mencari mereka semalam dan mahalnya harga sebiji kelapa muda di tengah kotaraya ini.

12 critics:

NedLi Sakurai said... @ April 9, 2009 at 4:01 PM

kalo kat kampung2.. maybe bleh dpt free jer kan, ngan pacik/macik yg banyak pokok kelapa tue.

aii zaman skrg nie semua benda nak dibuat duit, semua benda nak mahal.. ('_-)

amoi said... @ April 9, 2009 at 4:34 PM

wah sudah pandai tulis dalam BM?syabas inspektor shahab...hehe...

kat umah akak ada jual..tapi tatau la bape harga...sbb tak suka minum air kelapa...hehe.....

Anonymous said... @ April 9, 2009 at 5:08 PM

kire murah la tu..am ckap..rege air kelapa kat sg petani ni pon 3 ringgit..tp dia sorg je la minum..una tak minum walaupon jenuh am pakse suruh minum..hehe..tak sedap pon air kelapa..


-una-

ska said... @ April 9, 2009 at 5:12 PM

aku mencari kelapa muda hanya ketika sapa2 terkena demam campak saja. hehehhehe...

azileendasaleh said... @ April 9, 2009 at 8:13 PM

kat kg melayu subang.. byk ada jual..siap ada kelapa muda bakar lagi.. sedap jugak. If lalu tgh panas2... kelapa2 tu cam panggil aje...so, terpaksa berhenti... hik hik..

harga nyer pulak..alamak ai..x tau sbb boss yg bayar..hihihii

kuizikel said... @ April 9, 2009 at 11:30 PM

patutlah aku baca lancar jek.. rupanya tulis dalam bahasa ibunda... hehehe.. bagus2... klu baik letak dwibahasa :)

wah ni yang teringin gak nak makan air kelapa muda.....hohohoo

get well soon a, leh gucip2 kat opera sabun dettol

Syera said... @ April 10, 2009 at 12:49 AM

ms demam tu hari2 mintak pa n ibu carikan kelapa muda.. ada spesies yg sedap.. 'kelapa madu' or sumthing.. x ingat nama dia..

sham said... @ April 10, 2009 at 1:11 AM

Kak Ned : klu kat kg, kait je dari pokok :D

Kak Amoi : haha gagap2 gak nk nulis BM nieh, asik salah eja ikot bahser YM :D

Una : Kat SP RM3 sebijik?? lagi mahal, ingatkn kat sane murah. oh, air kelapa lah terpaling sedap, klu balik kg suke minum berbijik2, sampai kene marah dengan mak :D

ska : klape mude sedap diminum bile hari panas juga nyaamm :D begitu juga air tebu

Kak Azileenda : kelapa muda bakar? pnah nmpk klu pegi ke kg melayu subang, tp x pnah beli. nk kena try nieh ;)

Kak Kui : haha keji saya ye? tak larat la ber'dwibahasa'

Syera : rasenye yg plg superb utk buat ubat adelah kelapa mawar. eh, ke kelapa gading? haha sape tau? angkat kibod! :D

*blk klang sok nk request air kelapa muda lg la heheh*

Syera said... @ April 10, 2009 at 9:13 AM

haaa..itu la kot namanya.. kelapa mawar.. but not sure.. sbb masa tu tgh demam teruk. Mls nk pikir.. Whatever the name is, mmg sedap n layan je...

Sahalfikri said... @ April 10, 2009 at 4:26 PM

salam.. first time komen dlm blog dgn layout cantik ni..hehe

aku pun pernah tlg carikan kelapa muda utk kawan aku disyaki denggi.. susah tul. akhirnya dpt di kedai Sate Samsuri, Tmn Melati. tp dah siap kupas dan dipetisejukkan..hehe.

harga RM3.00 satu.. amacam? maklumla bila susah nak dpt, harganya pasti tinggi.. tak mcm kat Pulau Kokos, berlambak smpai terbuang (mcm tak berharga)..hehe

p/s: moga segera sembuh

WanYgBest said... @ April 10, 2009 at 7:19 PM

sham...ko p ijok...request kelapa muda kat ayah aku... hehehehe...silap hari bulan, ko bwk balik betandan2 pisang...leh wat pisang goreng or sira pisang...sedapnyerrrr!!! yum..yum..

sham said... @ April 12, 2009 at 4:23 PM

Syera : kelapa mawar yg sedap, kelapa hijau yg plg mujarab buat ubat, as per kata ayah :D

Sahalfikri : time kaseh sudi singgah n komen incik suhail :D kelapa yg dh siap kupas n dipetisejukkan tu byk dtg dr negara jiran kita di utara tu kalau tak silap dan mmg mahal pun harganya.. oh, ayat2 kau tentang Pulau Kokos mmg menggoda aku utk ke sane ;)

WanYgBest : jauh tu nk ke ijok semata nk carik kelapa muda hehe nntlah tunggu kau blk, aku ke sane otey? ;)

Post a Comment

 

Drama Scene Investigation

Drama Channel

Top 10 Critics