..::LIFE is Drama::..

and you are the lead actor

Bola Cat Scolobu

Published by sham under , on Monday, April 13, 2009

Khalil brief tentang pembahagian skuad dan tidak diendahkan

Setelah sekian lama menanti dan mengharap, akhirnya pagi semalam saya berjaya merasa bermain Bola Cat Paintball. Perasaannya? Marvellous! Gembira tak terkata kerana sudah terlalu lama teringin bermain walaupun after effect nya agak sakit dan memeritkan.

Briefing di dalam battle ground oleh marshall

Skuad Alpha : Ajai, Nua, Pae, Pijin, Zal dan saya.
Skuad Bravo : Aiman, Apit Pital, Khalil, Sadiq, Taariq dan Zaini.
Spectators : Faten, Ika, Sha dan Teena.

Barisan skuad yang bersifat ke'geng'an itu (hehe) ditentukan oleh Khalil selaku Sarjan Manager yang menguruskan kami pemain, dan hal-hal pemilihan tempat dan lain-lain diuruskan Pae.

Faten yang sentiasa camera ready

Kami bermain empat senario, saya tidak berapa ingat nama saintifiknya betulnya, tetapi lebih kurang beginilah. Satu, Kill them All di mana basically perlu menghapuskan semua barisan skuad di dalam kumpulan lawan. Kedua, Centre Flag to Base di mana perlu mendapatkan bendera yang dipacakkan di tengah dan dibawa pulang ke Base. Ketiga, Flag to Flag, perlu mendapatkan bendera pihak lawan dan dibawa pulang ke Base. Keempat, Medic, akan ada seorang Medic yang membawa backpack yang agak berat dan tidak akan terkeluar dari permainan melainkan terkena headshot dan dia boleh revive semula memana ahli skuad yang telah ditembak. Game Satu dan Empat dimenangi skuad Bravo dan Game Dua dan Tiga dimenangi skuad Alpha.

Take five selepas habis game sambil membincangkan kejadian-kejadian
spastik yang terjadi di dalam battle ground

Sangat fun walaupun sangat perit apabila terkena tembakan. Ya, saya tahu dan selalu mendengar akan sakit apabila terkena peluru cat itu, tetapi, sungguh, saya tidak sangka ia akan sting sebegitu. Terdiam saya sekejap semasa terkena tembakan pertama. :D Sehari dua ini terpaksalah berhati-hati supaya tidak melanggar atau terlanggar tempat-tempat yang sudah lebam dan kebiru-biruan.

Tidak banyak gambar yang dapat diambil semasa game berlangsung kerana keadaan tempat yg disempadani gaung tidak mengizinkan spectators untuk berdiri di luar safety net dan mengambil gambar kami barisan skuad sedang beraksi. Gambar kami yang lengkap beruniform bersama marker, mask dan vest juga tiada di dalam kamera saya kerasa saya terlalu jakun dan excited lalu terlupa untuk meminta spectators tolong ambilkan. Mungkin Apit ada banyak mengambil gambar kami lengkap beruniform, kenalah tunggu dia update blognya. Harap-harap tidaklah terlalu lama. Oh, ground kami bermain bukan di padang, tetapi di dalam kawasan hutan yang tidaklah berapa tebal dan dipenuhi pokok-pokok dan tunggul-tunggul kayu yang sangat merbahaya kalau tersadung ataupun tercucuk mana-mana bahagian badan. Pijin telah cedera dan mengalami kekoyakan seluar jeans sebelum permainan bermula lagipun akibat terlalu teruja untuk beraksi. Hehe.

Nasib baik akhir-akhir ini saya agak rajin swimming, kalau tidak, pasti teruk saya kepancitan. Itu pun sudah kepancitan juga ditambah pula dengan mask yang membuatkan muka rasa sangat berkuap.

Selepas berlumpur, bermandi peluh dan berpenat-penatan, kami ke sungai yang tidak berapa jauh dari tempat itu untuk cuci-cuci lumpur yang melekat dan berendam sekejap untuk hilangkan kepanasan dan lekit peluh. Sekejap sahaja, betul-betul sekadar mencuci-cuci. Selepas makan tengahari di Taman Nanding yang dibelanja Ajai (Thanx Ajai!), kami pulang.

Bapak-bapak budak yang gembira jumpa air dan menjadi bujang sementara

Photo credits : Faten & Sha

What can I summarize? Fun! Fun packed! ;)

10 critics:

amoi said... @ April 13, 2009 at 2:15 PM

wah syoknyeee paintball...teringin jugak nak main...tak pernah tercapai lagi hajat...kalo main ni mau mc seminggu...wahahaha...

kuizikel said... @ April 14, 2009 at 9:46 AM

dulu wawa n aida main siap besar gila lebam biru2 tu.. heheheheh

eh ni kat ne ni? knapa aku tatau kat ne.. ke aku skip baca..heh

NedLi Sakurai said... @ April 14, 2009 at 1:14 PM

saya tanak main... saya takut perang. even citer perang2 pun xnak tgk.. huhu (T_T)

Anonymous said... @ April 14, 2009 at 3:04 PM

manyak syok aa hampa main...aku tak penah lagi men menatang ni..-am-

sham said... @ April 15, 2009 at 1:26 AM

amoi : haha idak lah sampai mc seminggu, abeh kuat sehari je. jom jom, kite set team n g main :D

kuizikel : mmg besar gila lebam biru2, tp tabley la nk tayang kat cni, haha nnt kite gucip2, ai show kat yu yeh ;)
a'ah la, lupe nk mention katne main :P main kat nur lembah pangsun, hulu langat

nedli : bes wooo, sangat layan hehe men tali bley, lagi cuak ;;)

am : oh, mmg manyak syok :D lenkali ada main lg kalu, bley join lah ;)

Syera said... @ April 15, 2009 at 1:29 AM

dah tgk lebam biru yg besar gile itu.. ngeri! :-P

faten said... @ April 20, 2009 at 7:41 AM

sakit ek? kamu asik kena buli aje dgn diorang kan?heheh.. :)

sham said... @ April 20, 2009 at 9:40 AM

Syera : ni dh 8 hari pun ada lg outline lebam tuh, tp lebam n saket dah ilang lah hehe

faten : saket, mmg saket, bkn tipu2 punya saket, tp tgk gak body part mane yg kene, klu kene kat lengan cam sy mmg sgt saket n lebam besar sbb isi lembut :P heheh
membuli tu official hobby derang, tak kira la sape pun especially klu dh lame knal. tmbh plak derang mmg keji n kejam :D

AyinEmran said... @ April 26, 2009 at 4:14 PM

tahniah sham! dapat pun main akhirnya.

walaupun saket dan lebam, it was worth it, kan?

shm said... @ April 27, 2009 at 6:39 AM

Ayin : tq! tq! gumbira tak terkata masa dpt sms from pae ajak main. lagi gumbira masa sampai d day. fuh!!

worth a million bucks! ;)

Post a Comment

 

Drama Scene Investigation

Drama Channel

Top 10 Critics