..::LIFE is Drama::..

and you are the lead actor

Jemaah

Published by sham under on Friday, April 24, 2009


Petang tadi saya ke KLIBF 09 di PWTC bersama Fiza. Hampir 2 jam meronda ruang pameran mencari membelek buku-buku yang berkenaan, Fiza gerak untuk menjemput Lokman di Pudu sebelum terus pulang ke rumah. Saya terus di PWTC mencuci-cuci mata sementara tunggu waktu Maghrib.

15 minit sebelum masuk waktu Maghrib saya sudah melangkah ke surau, sejuk rasa hati sangat ramai umat di surau, hampir penuh kedua-dua saf di bahagian wanita. Saya terus saja beratur untuk berwudhu' dan setelah sempurna wudhu' terus melangkah masuk ke ruang solat. Elok saja baru memakai telekung, Imam sudah mengangkat takbir.

Niat di hati mahu solat sendiri di saf kedua, tetapi dek kerana tiada ruang, saya terus ke saf depan, kiri sekali dan langsung terus berjemaah. Terasa mahu menitik air mata bila saya tersedar sudah terlalu lama saya tidak solat berjemaah, terlalu lama sampaikan tidak ingat bila kali terakhir. Alhamdulillah Allah masih berikan waktu, buka ruang dan kesempatan untuk saya. Alhamdulillah.

Manisnya. Subhanallah.

5 critics:

kuizikel said... @ April 25, 2009 at 8:39 AM

alhamdulillah..

amoi said... @ April 25, 2009 at 6:41 PM

teringat zaman sekolah dulu tiap2 hari solat jemaah...seronok :)

AyinEmran said... @ April 26, 2009 at 4:12 PM

dah lama jugak tak jemaah ramai2. pastu ada tazkirah after solat etc. rindunya bulan puasa!

sham said... @ April 27, 2009 at 6:43 AM

kuizikel : :)

amoi : tu lah, skola tu ade gak time2 rase nk ngelat jemaah.. haih.. skrg rase rindu plak :/

Ayin : kan?? rindu teramat!

ska said... @ April 27, 2009 at 8:51 AM

aku pon laaaaaamaaa gila tak jemaah. bulan puasa jelah kot, time terawih. sobs..

Post a Comment

 

Drama Scene Investigation

Drama Channel

Top 10 Critics