Masih adakah?
Published by sham under life, matters of the heart on Sunday, May 10, 2009Saya kekurangan mood untuk karang mengarang, update blog ini, banyak sebabnya; exam yang sudah terlalu hampir, kurang dari 21 hari tetapi saya seperti belum study satu apa pun lagi, masalah-masalah yang terasa susah dan berat kadangkala untuk dipikul dek bahu ini dan juga mungkin kerana hati saya sudah tertinggal di satu tempat yang tidak ramai pernah sampai. ;)
Tetapi ada sesuatu yang memanggil saya untuk rajinkan diri untuk menaip entry ini.
Entah kenapa hari Rabu yang lepas ringan saja mulut saya bertanya pada kakak, di mana lelaki bermulut manis berwajah baik itu. Laju saja kakak menjawab "Bini dia masuk hospital, tunggu masa nak bersalin". Terlopong mulut saya, rasanya kalau ada lalat yang lalu lalang, pasti sudah menjumpai mulut saya yang ternganga luas ketika itu. Oh, lelaki itu seseorang yang sangat rajin flirt dengan seorang sahabat saya, dan sungguh, saya dan sahabat sungguh tidak sangka lelaki yang hanya tua setahun dari kami itu sungguh gatal rupanya. Sungguh. Kakak pun rupanya sudah lama menunggu masa yang sesuai untuk beritahu pada saya status lelaki itu.
Betul-betul terkejut dan terkesima. Dan saya terfikir buat kesekian kalinya, masih adakah lelaki yang benar-benar jujur, baik dan ikhlas yang tidak gatal, tidak akan curang dan tidak akan menghancurkan hati kami, kaum perempuan? Masih adakah?
11 critics:
ayyyoooo...sangat kejiiiiii... ade org ckp, lelaki mmg akan jd xtra gatai bile wife dia pregnant...xtau la betul ke x...kena wat research nih...huhuhu
kesian kat wife, bekorban selama 9 bln, betarung nyawa nak melahirkan zuriat...tp...itukah balasan si suami? ish..ish..ish...
emo..emo..
Mukanya sgt baik, mulut manis, berpura2 baik & caring. Mmg kalu tgk dia, tak sangka dia bperangai sebegitu.. Apekah tujuannya.. Wallahualam..
Mmg patut Sham terlopong pun..
gila keji.... hidup ini begitulah, terlalu banyak rahsia yang kadang-kadang kita pon tak mengerti... life is drama or drama is a part of life? hmmmm
p/s : insya-Allah masih ada, jangan berhenti berusaha + berdoa... amin
adaaaa.. tp kita jek yg tak jumpe lg. huhuhu..
Wan : sile lah buat research nya. aku bagi subject. ok? hehe
Anon : itu lah pasal, yg lebih keji bile esoknya kakak tu bagitau lelaki tu memang selalu flirt begitu dengan ramai perempuan. pergh!
Kak Kui : oh, saya sangat suka dengan kata-kata semangat dan perangsang itu. a lil bit faith has seeped back in ;)
kd : smoge kite berjumpa, soonest! :)
Next time gi sana..leh tanya..hari tu dia dpt baby girl/boy.. :-P
Kena hati-hati dengan lelaki peramah or approachable sesangat ni kot..kalau bujang selalunya malu2 sikit..
oh mmg keji...
wah, selamba punye laki! kesian bini tu. kalau laki aku camtu, siap la!
Anon : tu lah, nk buat-buat tanye, tgk terkejut ke tak die yg rahsia dia dah bocor heh
Kak Nadym : dia tidaklah peramah or approachable sgt, ada ciri-ciri malu-malu dia, mmg tak dpt kesan lgsg dia tu dah kawen heh
amoi : kan?
Liz : tu lah, lelaki tu sgt kerek, bini tgh sarat, dia bersuke suki kat luar..
Post a Comment